RenoFlow satukan lead, quotation, kontrak, bayaran, site progress dan purchasing dalam satu sistem. Dari iklan pertama sampai kunci diserahkan.



Dibina oleh kontraktor, untuk kontraktor. RenoFlow lahir dan digunakan setiap hari oleh DBENA Sdn Bhd, kontraktor berdaftar CIDB Gred G4 di Lembah Klang.
Kebanyakan kontraktor renovation PKS masih bergantung pada alat yang tak bercakap antara satu sama lain. Akibatnya:
Enquiry dari ads bertaburan dalam WhatsApp peribadi staff. Tak ada rekod siapa follow up, lead terlepas tanpa sedar.
Pembelian bahan dan upah direkod lewat atau langsung tak direkod. Untung sebenar projek hanya tahu selepas siap.
Client call setiap minggu tanya status kerja dan baki bayaran. Perubahan skop tak ada rekod bertulis.
Quotation, perjanjian, VO, resit dan gambar tapak di tempat berbeza. Susah nak rujuk, susah nak claim.
Setiap projek bergerak melalui 12 peringkat yang jelas. Bos nampak di mana setiap projek berada, dan apa langkah seterusnya.
Borang sales page terus masuk Telegram team sales dan ter-key in dalam sistem, siap dengan sumber dan PIC.


Item Library simpan unit rate standard syarikat, jadi setiap QS sebut harga yang sama dan margin terkawal.


Jadual bayaran ikut peringkat kerja. Invois dan resit rasmi bernombor berturutan, baki kontrak dikira sendiri.


Site supervisor hantar laporan harian dengan gambar dan % setiap fasa terus dari telefon. Ada isu di tapak? Team operasi dapat alert di Telegram serta-merta.
Site supervisorClient portal


Sales, projek berjalan, tuntutan bayaran dan pipeline dalam satu skrin. Laporan harian dan mingguan dihantar sendiri ke group pengurusan di Telegram.


| Bahagian | WhatsApp, kertas & Excel | Dengan RenoFlow |
|---|---|---|
| Lead | Disalin manual, ada yang terlepas | Masuk sendiri dengan sumber dan PIC |
| Quotation | Excel lain-lain setiap QS, versi bercampur | Unit rate standard, revision tersusun, e-sign |
| Bayaran | Resit tulis tangan, baki kira semula | Invois & resit bernombor, baki dikira sendiri |
| Tapak | Gambar bertaburan dalam pelbagai group | Laporan harian ikut fasa, alert isu ke Telegram |
| Pembelian | Order melalui call, kos tak direkod | PR → lulus → PO ke kedai → kos masuk projek |
| Client | Call setiap minggu tanya status | Portal peribadi dengan progress dan gambar |
| Pengurusan | Untung projek tahu selepas siap | Dashboard dan laporan harian automatik |
Bukan sekadar sistem dalaman. Client dapat portal sendiri, kedai hardware dapat dashboard percuma untuk sahkan harga dan stok. Satu kedai boleh layan ramai kontraktor.
Kami buka RenoFlow kepada 20 kontraktor renovation pertama sebagai Founding Partner. Anda dapat sistem yang sama yang DBENA guna setiap hari, dan kami bantu sampai team anda betul-betul jalan.
Sales page renovation untuk syarikat anda, lead terus masuk Telegram dan RenoFlow. Sama macam flow yang DBENA guna.
Lead, projek dan senarai harga sedia ada dari Excel kami pindahkan untuk anda.
Sesi hands-on untuk sales, QS, site supervisor, account dan pengurusan.
Harga dikongsi semasa sesi demo. Founding Partner dapat harga istimewa yang tak dibuka kepada umum.
Isi borang ni. Team kami akan WhatsApp anda untuk tetapkan sesi demo 30 minit.
Tak perlu. RenoFlow dibuka di browser, sama ada di komputer atau telefon. Staff dan site supervisor boleh tambah ke home screen telefon macam app biasa.
Nama dan logo syarikat anda. Quotation, invois, resit, e-sign dan client portal semuanya keluar dengan jenama anda sendiri.
Harga dikongsi semasa sesi demo, ikut saiz team dan keperluan syarikat. Founding Partner dapat harga istimewa, termasuk setup sales page dan sambungan Telegram percuma.
Ya. RenoFlow dibina untuk kontraktor PKS. Kalau team anda 3 orang pun, sistem ni dah boleh jimatkan banyak kerja follow up, quotation dan kutipan bayaran.
Team kami bantu pindahkan lead, projek dan senarai harga sedia ada ke dalam RenoFlow semasa onboarding.
Data setiap syarikat disimpan berasingan dan tak bercampur dengan syarikat lain, dengan backup harian. Akses staff dikawal ikut peranan dan setiap tindakan direkod.
Sesi demo boleh dibuat sekarang. Onboarding Founding Partner bermula Januari 2027, ikut giliran pendaftaran.